Blogger Layouts

Pautan

Sunday, December 18, 2011

Unit 3 Haiwan

Kenali Haiwan

udang


 ketam


      ayam 
rama-rama 

 gajah
 girafah

 kuda

ular

Sunday, December 4, 2011

Unit 2 Kita Serupa Tapi Tak Sama

Bahagian Tubuh Manusia

Unit 2
View more presentations from Wee She
 











Lembaran Kerja

 Badan Saya Amat Berguna 
  • Saya menggunakan mulut untuk bercakap.
  • Saya menggunakan telinga untuk mendengar.
  • Saya menggunakan mata untuk melihat
  •  Saya menggunakan hidung untuk menghidu
  •  Saya menggunakan lidah untuk merasa.
  • Saya menggunakan tangan untuk membuat benda
  • Saya menggunakan kaki untuk berjalan, berlari

Saturday, November 12, 2011

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1Murid 1Sukan

buku pelaksanaan 1 murid 1 sukan

Sunday, October 30, 2011

MBMMBI

MBMMBI
View more documents from whshe84

Dokumen Standard Prestasi

Peranan Guru Dalam Pendidikan


GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

Guru sebagai pengamal ilmu
·               Ilmu yang diperolehi oleh guru mesti diamalkan untuk manfaat diri, masyarakat dan Negara.
·               Mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi petunjuk ke arah jalan yang benar.
·               Perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,  berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru.
·               Mempraktikkan dan memperkembangkan ilmu untuk tujuan-tujuan kebajikan, perkhidmatan dan sumbangan.

Guru sebagai pengamal kemahiran
Guru yang mempunyai kemahiran professional yang tinggi:
·   Menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan falsafah pendidikan negara.
·   Cekap menjalankan tugas-tugas pengajaran, bimbingan dan aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan-amalan teori pendidikan.
·   Mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapannya dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionalnya.
·   Tidak mengabaikan tugas-tugas sosialnya terhadap masyarakat.
·   Mempunyai dedikasi yang tinggi serta mengambil berat tentang murid-muridnya.

Guru sebagai pembentuk nilai
·         Membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
·         Menyampaikan nilai-nilai moral, nilai-nilai agama, nilai-nilai terminal, nilai-nilai instrumental, dan tatasusila kepada murid-muridnya.
·         Menanam kesedaran, kefahaman dan keyakinan dalam murid-murid serta semangat mencintakan nilai-nilai suci.
·         Menyebarkan ilmu dan sentiasa berusaha menunjukkan kepada anak muridnya isu-isu yang bermoral dan betul supaya murid-murid akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan.
·         Menjadi “role model” yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.

Guru sebagai pendidik
·        Memperkembangkan potensi murid-murid daripada semua aspek JERI (jasmani, emosi, rohani, dan intelek).
·        Diberikan amanah untuk mendidik generasi yang baru.
·        Melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan yang terkini dan canggih.
·        Menghasilkan rakyat yang dapat berfikir dengan kritis dan kreatif.
·        Berdasarkan kurikulum “emergent” (terkini), peranan pendidik kini sudah berubah kepada seorang pemudahcara dan pembimbing.

Guru sebagai agen sosialisasi
·        Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.
·        Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat.
·        Guru perlu memastikan bahawa perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid adalah sejajar dengan nilai dan norma serta kehendak masyarakat.

Guru sebagai agen perubahan
·        Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-21.
·        Justeru, keperluan terhadap pembentukkan akhlak mulia di kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia.
·        Masalah-masalah disiplin di peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukkan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid.
·        Guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam system pendidikan di mana ia harus mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik.
·        Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:
(a)  Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi
  
pemusatan murid.
(b)  Guru mengamalkan sifar penyayang terhadap murid, rakan sejawat,
  
ketua, staf sokongan dan sekolah.
(c)  Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia
    untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

 Guru sebagai penggerak masyarakat
·         Guru perlu memperbaharui ikrar dan azam mereka untuk menggunakan segala tenaga dan keupayaan yang ada pada diri mereka untuk membantu membangunkan bangsa Malaysia yang bersatu dan berbudaya ilmu.
·         Guru berperanan sebagai penggerak utama ke arah menghasilkan perubahan-perubahan besar yang perlu dilakukan demi mencorakkan masa depan rakyat Malaysia.
·         Guru mempunyai kuasa istimewa untuk membentuk budaya, minda, nilai, sikap dan watak remaja negara yang bakal menentukan nasib masyarakat pada masa hadapan.


Guru sebagai Pembina Negara
-          membantu pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka
-          dilihat dari aspek kesedaran keguruan adalah mulia
-          berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara
-          Pembina generasi cemerlang

Guru sebagai penyebar ilmu
-          mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan berkemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah
-          memiliki sifat:
a)    amanah,
b)    dedikasi,
c)    komited pada tugas,
d)    ikhlas,
e)    sanggup berkorban masa dan tenaga
f)     sikap suka membantu
g)    menyampaikan ilmu kepada murid-murid

Peranan guru penyayang
-          dapat mewujudkan murid yang mengamalkan budaya penyayang
-          melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui perdedahan hidup masyarakat sejagat
-          bertimbang rasa dan penyayang dapat melahirkan murid yang bersahsiah matang.

Guru sebagai pakar rujuk
-          Memiliki ciri –ciri berikut:
a)    Kecemerlangan peribadi
b)    Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran
c)    Kecemerlangan kerja
d)    Kecemerlangan komunikasi
e)    Kecemerlangan potensi
-          Dari segi pengetahuan dan kemahiran, pakar :
·         Peka dan prihatin kepada keperluan dan kebajikan murid
·         Bijak mengurus masa, bahan, sumber, alat P &P
·         Menyediakan program tindakan susulan
-          Dari segi komunikasi, pakar:
·         Perintis sesuatu usaha dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan
-          Dari segi kerja, pakar:
·         Meningkatkan hasil pembelajaran menerusi peningkatan minat dan penglibatan murid
·         Menerusi kejayaan dalam membimbing murid
-          Dari segi potensi, seorang guru sebagai pakar;
·         Guru yang berwawasan
·         Belajar untuk meningkatkan kerjaya
·         Terlibat dalam kursus, seminar dan khusus
·         Menyumbang tenaga dan kepakaran kea rah kejayaan sekolah

Guru sebagai mentor
-          harus mudah didampingi oleh murid
-          peranan : mengurangkan kekeliruan murid
-          memberi penyelesaian masalah yang berkesan kepada murid
-          menunjukkan empati kepada masalah menteenya
-          kemahiran mendengar yang baik

Guru sebagai pengurus
-          menguruskan pengajaran dan rutin bilik darjah serta aktiviti murid-murid
-          sebagai pengurus di sekolah dan di dalam bilik darjah
-          menguruskan persediaan mengajar membolehkan dia mengajar secara teratur
-          menguruskan perancangan penilaian
-          menguruskan rutin bilik darjah dan tingkah-laku murid

Guru sebagai penyelidik
-          sentiasa meningkatkan kualiti pengajarannya
-          menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan amalan P &P
-          menggunakan alat Bantu mengajar serta mengkaji keberkesanannya
-          menjalankan penyelidikan dengan kaedah kes, soal-selidik, pemerhatian, temubual dsb

Guru sebagai patriot
-          melahirkan jitu semangat patriotisme dalam kalangan murid
-          menerapkan semangat patriotisme dengan mengendalikan program mingguan Bahasa Melayu dan kempen-kempen

Guru sebagai pengamal reflektif
-          sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam
-          supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif
-          Pengertian: satu aktiviti pengajaran yang dirancang oleh guru untuk menggalakkan murid-muridnya untuk membuat pemikiran inkuiri dan kritis serta kreatif
-          Proses pengajaran :
·         Guru melibatkan murid dalam proses penyelesaian masalah yang spesifik
·         Murid mengaitkan idea yang hendak dikaji dengan pengalaman yang sedia ada
·         Murid mengemukakan soalan kendiri dalam menyelesaikan masalah
·         Murid mengusuli hipotesis dan andaian berkaitan dengan situasi penyelesaian masalah
·         Murid mengemukakan kemungkinan penyelesaian yang wajar
·         Murid menilai kemungkinan penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif
-          Tindakan susulan
·         Guru menyuruh murid menyediakan portfolio refleksi untuk menyimpan maklumat mengenai soalan penyelesaian masalah
·         Murid membuat penulisan reflektif  dan mencadangkan tindakan susulan yang sesuai
·         Murid mendapat bimbingan daripada guru
·         Maka, wujud kolaborasi antara guru dan murid dan pakar dalam bidang tertentu

KSSR

Welcome

Welcome to my blog................