GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
Guru
sebagai pengamal ilmu
·
Ilmu
yang diperolehi oleh guru mesti diamalkan untuk manfaat diri, masyarakat dan
Negara.
·
Mempunyai
peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid serta memberi petunjuk ke arah jalan yang benar.
·
Perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,
berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran
serta mencari pengalaman baru.
·
Mempraktikkan
dan memperkembangkan ilmu untuk tujuan-tujuan kebajikan, perkhidmatan dan
sumbangan.
Guru sebagai pengamal kemahiran
Guru yang mempunyai kemahiran professional yang tinggi:
·
Menghasilkan
generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras
dengan falsafah pendidikan negara.
·
Cekap
menjalankan tugas-tugas pengajaran, bimbingan dan aktiviti kokurikulum
berlandaskan amalan-amalan teori pendidikan.
·
Mencari
jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapannya dalam
pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionalnya.
·
Tidak
mengabaikan tugas-tugas sosialnya terhadap masyarakat.
·
Mempunyai
dedikasi yang tinggi serta mengambil berat tentang murid-muridnya.
Guru sebagai pembentuk nilai
·
Membentuk
murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi.
·
Menyampaikan
nilai-nilai moral, nilai-nilai agama, nilai-nilai terminal, nilai-nilai
instrumental, dan tatasusila kepada murid-muridnya.
·
Menanam
kesedaran, kefahaman dan keyakinan dalam murid-murid serta semangat mencintakan
nilai-nilai suci.
·
Menyebarkan
ilmu dan sentiasa berusaha menunjukkan kepada anak muridnya isu-isu yang
bermoral dan betul supaya murid-murid akan mempunyai peribadi yang seimbang
dalam pemikiran dan tindakan.
·
Menjadi
“role model” yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.
Guru sebagai pendidik
·
Memperkembangkan
potensi murid-murid daripada semua aspek JERI (jasmani, emosi, rohani, dan
intelek).
·
Diberikan
amanah untuk mendidik generasi yang baru.
·
Melengkapkan
diri dengan ilmu pendidikan yang terkini dan canggih.
·
Menghasilkan
rakyat yang dapat berfikir dengan kritis dan kreatif.
·
Berdasarkan
kurikulum “emergent” (terkini), peranan pendidik kini sudah berubah kepada
seorang pemudahcara dan pembimbing.
Guru sebagai agen sosialisasi
·
Guru
bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi perlu memupuk sikap,
nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.
·
Guru
mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya
untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat.
·
Guru
perlu memastikan bahawa perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid
adalah sejajar dengan nilai dan norma serta kehendak masyarakat.
Guru
sebagai agen perubahan
·
Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran
dalam abad ke-21.
·
Justeru,
keperluan terhadap pembentukkan akhlak mulia di kalangan murid semakin mendesak
memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan
kemajuan dunia.
·
Masalah-masalah
disiplin di peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan
dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan
pembentukkan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid.
·
Guru
harus berperanan sebagai agen perubahan dalam system pendidikan di mana ia
harus mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat
autokratik kepada demokratik.
·
Peranan
guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:
(a) Mengubah daripada strategi berpusatkan
guru kepada strategi
pemusatan murid.
pemusatan murid.
(b) Guru mengamalkan sifar penyayang
terhadap murid, rakan sejawat,
ketua, staf sokongan dan sekolah.
ketua, staf sokongan dan sekolah.
(c) Guru juga perlu bersikap terbuka
secara proaktif dan bersedia
untuk
menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
Guru
sebagai penggerak masyarakat
·
Guru
perlu memperbaharui ikrar dan azam mereka untuk menggunakan segala tenaga dan
keupayaan yang ada pada diri mereka untuk membantu membangunkan bangsa Malaysia yang
bersatu dan berbudaya ilmu.
·
Guru
berperanan sebagai penggerak utama ke arah menghasilkan perubahan-perubahan
besar yang perlu dilakukan demi mencorakkan masa depan rakyat Malaysia.
·
Guru
mempunyai kuasa istimewa untuk membentuk budaya, minda, nilai, sikap dan watak
remaja negara yang bakal menentukan nasib masyarakat pada masa hadapan.
Guru
sebagai Pembina Negara
-
membantu pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka
-
dilihat dari aspek
kesedaran keguruan adalah mulia
-
berakhlak mulia,
mempunyai semangat berjuang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara
-
Pembina generasi
cemerlang
Guru
sebagai penyebar ilmu
-
mendidik murid dalam
pelbagai ilmu pengetahuan dan berkemahiran daripada pelbagai disiplin dalam
kurikulum sekolah
-
memiliki sifat:
a)
amanah,
b)
dedikasi,
c)
komited pada tugas,
d)
ikhlas,
e)
sanggup berkorban masa
dan tenaga
f)
sikap suka membantu
g)
menyampaikan ilmu kepada
murid-murid
Peranan guru penyayang
-
dapat mewujudkan murid
yang mengamalkan budaya penyayang
-
melahirkan murid yang
mempunyai kepimpinan cemerlang melalui perdedahan hidup masyarakat sejagat
-
bertimbang rasa dan
penyayang dapat melahirkan murid yang bersahsiah matang.
Guru sebagai pakar rujuk
-
Memiliki ciri –ciri
berikut:
a)
Kecemerlangan peribadi
b)
Kecemerlangan
pengetahuan dan kemahiran
c)
Kecemerlangan kerja
d)
Kecemerlangan komunikasi
e)
Kecemerlangan potensi
-
Dari segi pengetahuan
dan kemahiran, pakar :
·
Peka dan prihatin kepada
keperluan dan kebajikan murid
·
Bijak mengurus masa,
bahan, sumber, alat P &P
·
Menyediakan program
tindakan susulan
-
Dari segi komunikasi,
pakar:
·
Perintis sesuatu usaha
dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan
-
Dari segi kerja, pakar:
·
Meningkatkan hasil
pembelajaran menerusi peningkatan minat dan penglibatan murid
·
Menerusi kejayaan dalam
membimbing murid
-
Dari segi potensi,
seorang guru sebagai pakar;
·
Guru yang berwawasan
·
Belajar untuk
meningkatkan kerjaya
·
Terlibat dalam kursus,
seminar dan khusus
·
Menyumbang tenaga dan
kepakaran kea rah kejayaan sekolah
Guru sebagai mentor
-
harus mudah didampingi
oleh murid
-
peranan : mengurangkan
kekeliruan murid
-
memberi penyelesaian
masalah yang berkesan kepada murid
-
menunjukkan empati kepada
masalah menteenya
-
kemahiran mendengar yang
baik
Guru sebagai pengurus
-
menguruskan pengajaran
dan rutin bilik darjah serta aktiviti murid-murid
-
sebagai pengurus di
sekolah dan di dalam bilik darjah
-
menguruskan persediaan
mengajar membolehkan dia mengajar secara teratur
-
menguruskan perancangan
penilaian
-
menguruskan rutin bilik
darjah dan tingkah-laku murid
Guru sebagai penyelidik
-
sentiasa meningkatkan kualiti
pengajarannya
-
menjalankan penyelidikan
yang berkaitan dengan amalan P &P
-
menggunakan alat Bantu
mengajar serta mengkaji keberkesanannya
-
menjalankan penyelidikan
dengan kaedah kes, soal-selidik, pemerhatian, temubual dsb
Guru
sebagai patriot
-
melahirkan
jitu semangat patriotisme dalam kalangan murid
-
menerapkan
semangat patriotisme dengan mengendalikan program mingguan Bahasa Melayu dan kempen-kempen
Guru sebagai pengamal reflektif
-
sentiasa membuat
pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum membuat pertimbangan dan
pemikiran yang mendalam
-
supaya murid-murid
memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif
-
Pengertian: satu
aktiviti pengajaran yang dirancang oleh guru untuk menggalakkan murid-muridnya
untuk membuat pemikiran inkuiri dan kritis serta kreatif
-
Proses pengajaran :
·
Guru melibatkan murid
dalam proses penyelesaian masalah yang spesifik
·
Murid mengaitkan idea
yang hendak dikaji dengan pengalaman yang sedia ada
·
Murid mengemukakan
soalan kendiri dalam menyelesaikan masalah
·
Murid mengusuli
hipotesis dan andaian berkaitan dengan situasi penyelesaian masalah
·
Murid mengemukakan
kemungkinan penyelesaian yang wajar
·
Murid menilai
kemungkinan penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif
-
Tindakan susulan
·
Guru menyuruh murid
menyediakan portfolio refleksi untuk menyimpan maklumat mengenai soalan
penyelesaian masalah
·
Murid membuat penulisan
reflektif dan mencadangkan tindakan
susulan yang sesuai
·
Murid mendapat bimbingan
daripada guru
·
Maka, wujud kolaborasi
antara guru dan murid dan pakar dalam bidang tertentu
No comments:
Post a Comment